8 Tanda yang Menunjukkan Pekerja Bekerja dengan Tak Seronok dan Tak Bersemangat

Pekerja yang termotivasi dan terinspirasi menghasilkan produktiviti tinggi.

Hasil kerja mereka lebih banyak dan mutu kerja mereka lebih bagus.

Disiplin kerja mereka juga lebih tinggi. Mereka siapkan kerja-kerja mereka lebih cepat.

Mereka juga sanggup buat kerja lebih secara sukarela.

Berikut adalah 8 tanda staf bekerja tanpa semangat, tidak bermotivasi, tidak terinspirasi:

1. Mereka hanya melakukan tugas yang diarahkan, tidak berusaha lebih, tidak mahu mencari penyelesaian sendiri.

2. Mereka buat kerja asal cukup syarat sahaja, asalkan tidak kena tegur, tidak kena marah.

3. Mereka selalu datang kerja lambat.

4. Mereka banyak ambil cuti.

5. Mereka banyak diam dalam mesyuarat dan dalam perbincangan, sepatah ditanya depatah dijawab.

6. Mereka banyak mengeluh, banyak merungut, banyak komplen, banyak tidak puas hati terutamanya tentang ketuanya.

7. Mereka tidak mahu belajar perkara baru, tidak mahu ubah cara dia membuat kerjanya.

8. Mereka banyak buat silap. Hasil kerjanya tidak bermutu tinggi.

Apabila ketua nampak tanda-tanda macam itu, maka ketua perlu belajar cara-cara yang betul menaikkan semangat kerja stafnya.

(PERCUMA) Daftar Webinar Latihan Kepimpinan & Komunikasi

Setiap hari Rabu (minggu ke-2 & 4), kami anjurkan webinar percuma dengan tema kepimpinan dan komunikasi.

Webinar ini 100% percuma, pembelajaran melalui online sahaja.

Kongsi Artikel:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *