Ketua dan orang bawahannya adalah seperti jokey dan kuda lumbanya. Prestasi jokey sangat bergantung kepada prestasi kudanya. Apabila kudanya berlari laju, maka jokey boleh menang perlumbaan.
Tugas ketua yang paling hakiki adalah mendorong dan menaikkan semangat kerja orang-orang bawahannya.
Apabila orang-orang bawahannya bekerja dengan bersemangat, dengan sendirinya prestasi ketua naik.
Andainya ketua kurang pakar dalam hal-hal teknikal, itu tidak serius kesannya.
Sebaliknya apabila ketua tidak mahir mendorong orang bawahannya, impak negatifnya ke atas produktiviti dan prestasi si ketua sendiri sangat serius.
Bagi tujuan menaikkan semangat orang-orang bawahan, alat kerjanya adalah teori dan teknik-teknik motivasi.
Ada sepuluh teori motivasi yang dapat diaplikasi bagi menaikkan semangat kerja orang bawahan.
Teori-teori itu tidak bertentangan dengan sudut pandang agama.
- Teori self-esteem atau estim-diri
- Teori self-confidence atau yakin-diri
- Teori self-efficacy atau efikasi-diri
- Teori social comparison atau perbandingan sosial
- Teori reinforcement atau pengukuhan
- Teori social reward atau ganjaran sosial
- Teori positive communication atau komunikasi positif
- Teori labeling atau melabel
- Teori growth mindset atau minda berkembang
- Teori extrinsic and intrinsic motivation atau motivasi luaran dan dalaman
Semua sepuluh teori itu mudah dipelajari.
Ketua-ketua tidak perlu belajar teori-teori itu dengan mendalam sama macam pelajar kursus psikologi di universiti.
Cukup dengan ketua memahami konsep yang menjadi intipati teori itu dan belajar teknik-teknik mengaplikasinya.
Contohnya, teori self-esteem mengatakan self-esteem tinggi menerbitkan tingkah laku positif, manakala self-esteem rendah menerbitkan tingkah laku negatif.
Maksudnya, apabila ada orang bawahan yang bermasalah, itu adalah tandanya self-esteemnya rendah. Jadi, ketua perlu naikkan self-esteemnya.
Apabila self-esteem orang bawahan yang bermasalah itu dinaikkan, dengan sendirinya tingkah laku negatifnya akan perlahan-lahan berubah menjadi positif.
Justeru, ketua hanya perlu belajar teknik menaikkan self-esteem. Pakar-pakar psikologi sudah mencipta teknik-teknik yang mudah dipelajari dan diaplikasi.
Perlukah ketua belajar semua sepuluh teori itu?
Tidak, dengan belajar aplikasi lima teori itu sahaja pun sudah cukup bagi membolehkan seseorang itu menjadi ketua yang mahir dalam menaikkan motivasi dan inspirasi kepada orang-orang bawahannya.
(PERCUMA) Daftar Webinar Latihan Kepimpinan & Komunikasi

Setiap hari Rabu (minggu ke-2 & 4), kami anjurkan webinar percuma dengan tema kepimpinan dan komunikasi.
Webinar ini 100% percuma, pembelajaran melalui online sahaja.

