Pekerja yang dimotivasi akan buat kerja tambahan apabila dia dijanjikan ganjaran material seperti upah dan hadiah.
Dia akan buat kerja itu cukup-cukup sahaja untuk layak diberi ganjaran, dia takkan buat lebih daripada itu.
Berbeza dengan pekerja yang terinspirasi.
Dia sendiri akan buat kerja-kerja tambahan walaupun tidak disuruh ataupun dijanjikan ganjaran. Malah dia sanggup menyusahkan dirinya sendiri dalam membuat kerja tambahan itu.
Tiga faktor utama yang boleh mematahkan semangat pekerja daripada membuat kerja-kerja tambahan:
1. Ketua itu mendominasi mesyuarat dan sesi perbincangan di mana dia yang paling banyak bercakap.
Dalam mesyuarat, setiap kali ada anggota pasukan mengemukakan pandangan ataupun idea si ketua akan respon, komen, ulas sehingga semua yang hadir berasa letih dan hilang semangat kerana terpaksa mendengar si ketua sahaja bercakap.
Komen si ketua itu lebih banyak mengandungi unsur negatif.
2. Inspirasi tidak datang daripada kata-kata nasihat dan teguran.
Nasihat dan teguran dari ketua boleh mematahkan semangat, namun itulah yang banyak berlaku.
Kepada orang bawahan, kata-kata teguran dan nasihat adalah membebel.
Bebelan adalah sejenis hukuman sosial. Tidak mungkin orang bawahan terinspirasi selepas ditegur dan dinasihati.
3. Inspirasi tidak datang dari kata-kata suruhan dan arahan.
Ketua yang hanya pandai menyuruh dan mengarahkan orang bawahan supaya buat itu dan buat ini takkan menjadi sumber inspirasi.
Mereka akan buat apa yang disuruh sahaja, tidak akan buat lebih.
Inspirasi datang daripada kata-kata ketua yang menunjukkan dia seorang yang mempunyai etika profesional yang kukuh, berpegang pada nilai-nilai murni, dan pandai menaikkan self-esteem pekerjanya.
(PERCUMA) Daftar Webinar Latihan Kepimpinan & Komunikasi

Setiap hari Rabu (minggu ke-2 & 4), kami anjurkan webinar percuma dengan tema kepimpinan dan komunikasi.
Webinar ini 100% percuma, pembelajaran melalui online sahaja.

