Teori ‘High Context Culture’ digagaskan oleh pengkaji bidang kemanusiaan Edward T. Hall dalam karyanya Beyond Culture (1976) mencadangkan dimensi-dimensi penting yang membezakan gelagat seseorang.
Ilmu kemanusiaan ini adalah penting terutama dalam konteks silang budaya antara bangsa dan kaum.
Misalnya, komuniti Asia sangat menghargai hubungan baik berbanding bercakap secara berterus terang dengan bebas dalam berkomunikasi.
Bahkan, orang Asia seperti orang Malaysia amnya dan orang Melayu khasnya meletakkan berdiam diri sebagai simbol penting dalam menjaga hubungan baik.
Orang Asia lebih kerap mendengar dengan mata berbanding sekadar mendengar apa yang diucapkan.
Seorang ketua, misalnya, harus cermat dalam menjaga bahasa badan apabila berada dengan ahli pasukan yang diketuai.
Memenuhi pelawaan anak buahnya ke majlis Doa Selamat atau Walimah sangat diberi ‘markah’ yang tinggi kepada seseorang pimpinan di negara ini.
Seorang ketua yang ingin dilihat karismatik dan berpengaruh harus menekankan keperibadian yang baik dan disenangi ahli pasukannya.
Istilah kepimpinan melalui tauladan sangat penting agar ketua memberi contoh yang baik dan mudah diikuti anak buahnya.
Ini berbanding dengan masyarakat yang tergolong dalam ‘low context culture’ seperti di kebanyakan negara Barat. Bagi mereka, fakta dan nombor diutamakan berbanding hubungan baik.
Misalnya, meskipun berurusan dengan kenalan rapat, margin keuntungan sangat penting walaupun ia boleh menjejaskan hubungan baik.
Sebagai tambahan, mereka di Barat amat menekankan ‘verbal communication’ berbanding orang Asia yang lebih cenderung kepada ‘non-verbal communication’.
Ringkasnya, bagi seseorang ketua di negara ini, mengetahui dan menguasai kemahiran komunikasi bahasa badan atau ‘non-verbal communication’ ini harus diberi penekanan agar aktiviti kepimpinan dan mengemudi pasukan menjadi lebih harmoni. Ia sekali gus akan menaikkan daya pengaruh seorang ketua.
Oleh:
Hj Syamsul Amri A Razak
GOVTRAININGHUB.COM
31 Jan 2025
Tarikh: 31 Jan 2025
(PERCUMA) Daftar Webinar Latihan Kepimpinan & Komunikasi

Setiap hari Rabu (minggu ke-2 & 4), kami anjurkan webinar percuma dengan tema kepimpinan dan komunikasi.
Webinar ini 100% percuma, pembelajaran melalui online sahaja.

