Orang awam lazimnya tidak membezakan aktiviti memotivasi dengan aktiviti menginspirasi.
Mereka anggap dua aktiviti itu sama.
Sebenarnya ada perbezaan yang ketara antara memotivasi dan menginspirasi.
Apa Itu Memotivasi?
Memotivasi adalah memberi dorongan luaran, manakala menginspirasi adalah memberi dorongan dalaman.
Memotivasi sangat mudah. Hal itu kerana motivasi adalah dorongan luaran.
Dengan menjanjikan ganjaran material pun sudah dapat memberi motivasi kepada orang bawahan supaya mereka mahu buat kerja lebih.
Pekerja yang dimotivasi mahu buat kerja lebih apabila dijanjikan upah dan ganjaran.
Kecil upahnya, sedikitlah kerja yang dibuatnya. Besar upahnya, banyaklah kerja yang dibuatnya. Satu kali upah, satu kali dia buat kerja. Dua kali upah, dua kali dia buat kerja.
Begitulah yang terjadi pada impak motivasi.
Itulah faktor yang membuat aktiviti motivasi menaikkan kos. Contohnya, bagi memotivasi pekerja supaya mahu buat kerja lebih masa perlu disediakan bajetnya.
Dengan motivasi, produktiviti naik, kos pun sama naik. Kenaikan hasil kerja berkadaran dengan kenaikkan upah. Maksudnya, upah sedikit, hasil kerja naik sedikit. Upah banyak, hasil kerja naik banyak.
Apa Itu Menginspirasi?
Manakala orang bawahan yang terinspirasi bukan hanya sanggup buat kerja lebih, malah mereka buat kerja lebih itu tanpa disuruh, mereka sukarela dan tanpa mengharapkan upah ataupun ganjaran.
Orang bawahan yang terinspirasi bukan hanya secara sukarela buat kerja tambahan, lebih daripada itu mereka sendiri cari idea untuk membuat kerja-kerja tambahan.
Malah mereka sanggup keluar duit sendiri bagi melaksanakan kerja tambahan itu.
Menginspirasi adalah aktiviti yang sukar, namun dengan strategi dan teknik-teknik yang betul ketua-ketua dapat menjadi sumber inspirasi kepada anak-anak buahnya.
Nabi Muhammad (salawat) adalah seorang ketua yang memotivasi dan menginspirasi.
Nabi ada menunjukkan bagaimana caranya seseorang ketua itu dapat menjadi sumber motivasi dan sekaligus menjadi sumber inspirasi kepada anak-anak buahnya.
Teknik-teknik motivasi dan inspirasi Nabi bersifat universal, yakni dapat dimanfaatkan oleh semua ketua-ketua tanpa mengira fahaman agama.
(PERCUMA) Daftar Webinar Latihan Kepimpinan & Komunikasi

Setiap hari Rabu (minggu ke-2 & 4), kami anjurkan webinar percuma dengan tema kepimpinan dan komunikasi.
Webinar ini 100% percuma, pembelajaran melalui online sahaja.

