Teknik Komunikasi untuk Ketua Perempuan Supaya Cakap Mereka Berpengaruh dan Dihormati oleh Lelaki

Dalam tradisi budaya Asia, tugas lelaki adalah memimpin.

Manakala perempuan diasuh supaya mereka hanya membantu lelaki menjadi pemimpin.

Kemajuan dalam pendemokrasian pendidikan tinggi mencipta peluang kepada perempuan menjadi ketua dan sekaligus pemimpin apabila mereka dilantik mengisi jawatan penting dan tinggi.

Justeru, pada masa ini perempuan perlu diasuh lebih awal supaya mereka disediakan menjadi ketua dan pemimpin yang efektif.

Apa yang berlaku, pada masa ini perempuan hanya belajar menjadi ketua dan pemimpin selepas mereka dilantik mengisi jawatan tinggi.

Bermakna, mereka sudah melakukan banyak kesilapan barulah mereka belajar cara yang betul menjadi ketua.

Antara kemahiran yang ketua-ketua perempuan perlu kuasai adalah teknik bercakap kepada staff lelaki.

Ada perbezaan antara gaya lelaki berkomunikasi dan gaya perempuan berkomunikasi.

Justeru apabila ketua perempuan bercakap kepada lelaki dia perlu bercakap menggunakan gaya komunikasi lelaki.

Sebagai contoh ada perkataan, frasa, dan ayat-ayat yang hanya digunakan oleh perempuan, tidak digunakan oleh lelaki.

Ada kajian yang menunjukkan perempuan lebih banyak menggunakan unsur bahasa yang tidak persuasif seperti di bawah ini:

• Kata tanya
• Kata emotif
• Kata apologi
• Kata perfektif
• Kata ekshortatif
• Kata adjektif
• Kata emfasis

Unsur-unsur bahasa itu membuat kepimpinan perempuan dipandang lemah, tidak karismatik, tidak tegas, tidak intelektual.

Justeru apabila perempuan bercakap dengan lelaki sebaiknya perkataan, frasa, dan ayat-ayat seperti itu tidak diucapkan dan perlu digantikan dengan perkataan, frasa, dan ayat-ayat yang menjadi ciri bahasa lelaki.

(PERCUMA) Daftar Webinar Latihan Kepimpinan & Komunikasi

Setiap hari Rabu (minggu ke-2 & 4), kami anjurkan webinar percuma dengan tema kepimpinan dan komunikasi.

Webinar ini 100% percuma, pembelajaran melalui online sahaja.

Kongsi Artikel:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *