Pelbagai masalah yang berlaku di tempat kerja dapat dikategorikan ke dalam beberapa jenis. Tiap-tiap jenis masalah itu ditangani dengan cara-cara yang berlainan.
Contoh masalah yang berlaku di tempat kerja:
1. Masalah teknikal, contohnya alat kerja rosak dan belum dibaiki.
2. Masalah manusia, contohnya sikap negatif pekeja yang tidak bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas dan kerap buat silap.
3. Masalah kewangan, contohnya aliran tunai yang cukup bagi membayar semua kos operasi dan ansuran hutang-hutang bank.
4. Masalah bisnes, contohnya trend jualan yang semakin menurun, pembekal yang tidak bagus servisnya dan stok yang hampir lupus tarikh.
5. Masalah undang-undang, contohnya menerima surat saman dari pihak berkuasa tempatan kerana isu kebersihan premis.
Secara tradisionalnya, kita dilatih supaya sebelum hendak menyelesaikan masalah mula-mula mesti disiasat yakni dikaji dahulu apa punca-punca sebenar masalah itu. Alat yang digunakan adalah analisis punca-punca sebenar masalah atau root cause analisis.
Ada sangkaan proses siasatan mesti dilakukan kerana jika tidak diketahui apa punca sebenar masalah itu maka mustahil kita dapat menentukan penyelesaiannya yang betul. Namun itu adalah sangkaan sahaja.
Memang betul ada masalah yang hanya dapat diselesaikan dengan mencari puncanya, seperti apabila seterika tidak mahu panas sehingga kita tidak dapat menggosok pakaian.
Manakala ada masalah yang dapat diselesaikan tanpa perlu dikaji puncanya, contohnya untuk seterika yang tidak mahu panas itu, masalah itu boleh diselesaikan dengan beli sahaja seterika baru, ataupun pinjam dahulu seterika jiran.
Teknik menyelesaikan masalah teknikal tidak boleh sama dengan cara-cara menyelesaikan masalah manusia. Bagi masalah teknikal, kita boleh gunakan kaedah menganalisis punca masalah. Teknik itu tidak berkesan apabila diaplikasi dalam menyelesaikan human problems namun lazimnya itulah teknik yang digunakan.
Contohnya dalam proses kaunseling masalah rumahtangga di mana kaunselor menyiasat punca-punca masalah kaunselee sehingga proses kaunseling menjadi panjang dan tidak juga dapat menyelesaikan masalah itu.
Bagi menyelesaikan human problem kaedah yang sesuai adalah kaedah mencipta hasilnya atau design the outcome. Tidak perlu disiasat, dikaji, dianalisis punca-punca sebenar masalah rumahtangga itu. Terus sahaja fikirkan jalan keluarnya, yakni solusinya.
(PERCUMA) Daftar Webinar Latihan Kepimpinan & Komunikasi

Setiap hari Rabu (minggu ke-2 & 4), kami anjurkan webinar percuma dengan tema kepimpinan dan komunikasi.
Webinar ini 100% percuma, pembelajaran melalui online sahaja.

