Kajian menunjukkan kemampuan seseorang untuk melaraskan bahasa dan gaya berbual sesuai mengikut orang yang berada di hadapannya akan menaikkan daya pengaruh dan ‘likability’ seseorang itu.
Semakin tinggi daya pengaruh seseorang itu akan semakin tinggi peluang ia di didengar dan dipatuhi.
Bahkan, Buya HAMKA, seorang tokoh dan ulama tersohor nusantara di dalam buku beliau bertajuk ‘Pribadi Hebat’(1950) turut menyatakan bahawa seseorang yang berkepribadian hebat itu adalah yang mampu menunda ‘kemenangan’.
Ini bermaksud, berdiam atau menunda kemenangan itu juga dianggap satu kemahiran dalam berinteraksi terutama apabila berada dalam situasi perbezaan pandangan di dalam acara rasmi.
Begitu juga halnya dengan mengendalikan media sosial seperti Facebook dan seumpamanya.
Pakar budaya dan pendiri bisnes terkenal, Puan Ainon Mohd dalam satu temubual bersama Penulis di kediamannya di Janda Baik memberi pesan berharga, ‘Menjaga kecantikan sosial di media sosial sangat penting bagi setiap orang terutama bagi kalangan ketua’.
Kecantikan dalam erti kata menjaga dengan cermat tutur kata atau tulisan dan hanya menulis perkara yang baik sahaja.
Jika kecantikan sosial tidak dijaga rapi, ia bakal menjejaskan bukan sahaja imej peribadi seseorang itu bahkan turut mengaitkan mereka yang berada di sekeliling seperti keluarga dan rakan-rakan dan organisasi tempat individu tersebut bekerja.
Tiga tips penting bagi seorang penjawat awam dalam menjaga jenama peribadi dan organisasi serta kecantikan sosial termasuk yang berikut:
1. Menjaga laras bahasa mengikut orang di lawan cakapi.
Hanya menggunakan bahasa hormat (seperti tuan, puan atau encik) berbanding bahasa mesra (seperti abang, kakak, brader atau pak cik). Ia lambang memuliakan orang lain.
2. Tidak memberi respon dengan terlalu segera apabila berbual agar orang dilawan cakapi berasa dihormati dan diberi peluang untuk menghabiskan percakapannya.
Ibaratnya, percakapannya tidak dipotong. Ini kemahiran mendengar untuk memahami berbanding mendengar untuk memberi respon.
3. Mengetahui tahap & laras bahasa bersesuaian dengan tahap keintiman orang di hadapan kita atau yang berada di dalam grup media sosial (seperti WhatssApp/Telegram).
Sebagai misal, apabila bertemu dengan seseorang pertama kali, panggilan mesra seperti abang atau pakcik harus dielakkan dan digantikan dengan Tuan/Encik.
Jika kenalan itu telah semakin rapat atau seorang kawan baik, maka tiada masalah menggunakan panggilan yang selesa bagi kedua-dua pihak.
Sebagai ringkasan, bagi memastikan mutu penyampaian perkhidmatan tetap segar dan dihormati, tim barisan hadapan khususnya terus dbekalkan dengan maklumat dan kemahiran komunikasi aras tinggi ini agar penjawat awam terus dipandang tinggi dan dihormati.
Ini akan menaikkan semangat sesiapa sahaja yang bekerja dalam organisasi yang dipandang hormat.
Oleh:
Hj Syamsul Amri A Razak
GOVTRAININGHUB.COM
(PERCUMA) Daftar Webinar Latihan Kepimpinan & Komunikasi

Setiap hari Rabu (minggu ke-2 & 4), kami anjurkan webinar percuma dengan tema kepimpinan dan komunikasi.
Webinar ini 100% percuma, pembelajaran melalui online sahaja.

