Ketua-ketua perlu tahu jenis perkataan dan ayat yang boleh mematahkan semangat orang-orang bawahannya.
Dengan cara itu ketua-ketua tidak akan menyebut kata-kata macam itu kepada orang bawahannya, walau dalam keadaan apa sekalipun.
Andainya ketua tidak pandai mengucapkan kata-kata yang menaikkan semangat orang bawahannya, itu tidak menimbulkan masalah.
Tidak pandai menaikkan semangat, tidak mengapa.
Contohnya, ketua tidak pandai memuji, itu tidak menjadi masalah.
Asalkan ketua tidak mematahkan semangat.
Di bawah ini adalah kesannya apabila ketua salah cakap sehingga patah semangat orang bawahannya:
• Produktivitinya jatuh lebih rendah daripada biasa. Sedangkan gajinya dibayar macam biasa.
• Dia racuni pekerja lain yang berada di sekitarnya supaya ikut membenci ketuanya.
• Dia mengumpat ketuanya sehingga merosakkan nama baik si ketua di mata pekerja lain.
• Dia tidak mahu buat lebih banyak kerja.
• Dia tidak mahu usaha lebih bagi mengambil hati dan menjaga hubungan baik pelanggan sedia ada supaya mereka tidak lari.
• Tidak mahu bantu ketua mencari pelanggan baru.
• Dia mula berfikir mahu mencari tempat kerja lain.
• Dia cari alasan supaya dapat minta cuti sedangkan gajinya tetap dibayar.
Lazimnya ketua tersalah teknik bercakap apabila menegur kesilapan dan kesalahan orang bawahannya.
Niat si ketua itu baik, tetapi dia tidak tahu bahawa teknik dia bercakap dan kata-katanya menimbulkan kesan yang tidak baik.
Di situlah pentingnya ketua tahu teknik yang betul menegur kesilapan orang bawahannya.
(PERCUMA) Daftar Webinar Latihan Kepimpinan & Komunikasi

Setiap hari Rabu (minggu ke-2 & 4), kami anjurkan webinar percuma dengan tema kepimpinan dan komunikasi.
Webinar ini 100% percuma, pembelajaran melalui online sahaja.

