Prinsip Komunikasi Positif untuk Bercakap kepada Orang Bawahan

Peranan komunikasi positif sangat penting dalam membina suasana kerja yang sihat, saling hormat menghormati, saling harga menghargai, dan memelihara hubungan baik.

Berikut adalah impak-impak positif apabila ketua bercakap kepada orang bawahan dengan menggunakan teknik komunikasi positif:

• Saling percaya mempercayai
• Saling hormat menghormati
• Saling faham memahami
• Saling dukung mendukung
• Mengurangkan salah faham
• Semangat kerja dan motivasi pecapaian
• Semangat berpasukan dan kerjasama
• Mengurangkan perbalahan dan konflik
• Memudahkan proses menyelesaikan masalah
• Memudahkan proses membuat keputusan

Di bawah ini adalah ciri-ciri komunikasi positif:

• Bercakap dengan sangkaan baik.

• Bercakap dengan bahasa halus, iaitu bahasa sopan, meskipun dalam keadaan kecewa, sakit hati ataupun sangat stress.

• Mendengar dengan penuh perhatian semasa orang bawahan sedang bercakap. Bukan mendengar dengan tujuan mencari di mana salahnya ataupun mendengar dengan tujuan mahu mengkritik pendapatnya.

• Bercakap dengan sikap empati, yakni cuba memahami dan menghargai sudut pandang dan perasaan orang bawahan.

• Bercakap dengan nada tenang, emosi terkawal, dan suara yang menyejukkan telinga orang bawahan.

• Apabila berbincang tentang masalah, ketua mendorong orang bawahan supaya fokus pada perbincangan mencari solusi, bukan pada masalah itu sendiri.

• Apabila berlaku perbezaan pendapat, fokus percakapan adalah pada persamaan bukannya pada perbezaan, dan fokus pada cara-cara mengatasi konflik. Kemukakan pendapat dan suarakan perasaan dengan jujur tetapi tidak melukai perasaan orang bawahan.

• Ketua memberi pujian dan pengiktirafan kepada orang bawahan berdasarkan daya usahanya.

Dalam komunikasi positif, ketua memberi kata-kata yang menaikkan semangat orang bawahannya. Ketua beri idea dan cadangan supaya orang bawahan bersemangat mahu memperbaiki lagi hasil kerja mereka.

(PERCUMA) Daftar Webinar Latihan Kepimpinan & Komunikasi

Setiap hari Rabu (minggu ke-2 & 4), kami anjurkan webinar percuma dengan tema kepimpinan dan komunikasi.

Webinar ini 100% percuma, pembelajaran melalui online sahaja.

Kongsi Artikel:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *