Ketua yang efektif mampu memotivasi, menginspirasi, membimbing, dan menggerakkan pasukannya ke arah kejayaan.
Di bawah ini adalah langkah-langkah bagi menjadi ketua yang efektif:
1. Langkah pertama adalah bina budaya kerja berpasukan. Dorong orang-orang bawahan supaya jalankan tugas mereka dengan budaya bekerjasama dan saling bantu membantu sesama mereka, bukan masing-masing buat hal masing-masing.
2. Ketua mesti pelihara hubungan baik dengan pasukannya. Buat supaya pasukan hormati ketua sebagai ketua mereka. Ketua mesti hormati orang bawahan sebagai individu, bukan sebagai pekerja yang boleh disuruh arah sahaja.
3. Tunjukkan disiplin, integriti dan kerja kuat. Tunjukkan kesungguhan dan dedikasi pada pekerjaannya sebagai contoh kepada orang bawahannya.
4. Gunakan daya pengaruh bagi mendorong orang bawahan bekerja kuat, bukan kuasa mengeluarkan arahan dan ancaman.
5. Jadilah ketua yang mudah didekati namun tegas dalam melaksanakan keputusan.
6. Mesti percaya pada kebolehan sendiri. Jangan ragu-ragu dalam membuat keputusan. Mesti berani ambil tanggungjawab dan risiko atas tindakan sendiri.
7. Banyakkan mendengar sebelum bercakap. Ambil masa bagi memahani pandangan orang bawahan sebelum membuat keputusan.
8. Mesti turunkan tugas kepada orang bawahan bersama dengan kuasanya. Jangan buat semua keputusan sendiri.
9. Dapatkan maklumat, timbang risiko, buat keputusan berdasarkan fakta. Jika silap, jangan salahkan orang bawahan.
10. Beri penghargaan kepada orang bawahan yang menjalankan tugasnya dengan baik. Gunakan pujian membina bagi meningkatkan motivasi mereka. Galakkan perkembangan diri mereka dengan memberi latihan dan menjadi mentor mereka.
Dunia kerja sentiasa berubah. Ketua yang fektif sentiasa belajar dan berkembang. Ambil maklum balas dari pasukan dan gunakannya bagi memperbaiki diri. Baca buku, sertai latihan kepimpinan, dan terus tingkatkan kemahiran profesional.
(PERCUMA) Daftar Webinar Latihan Kepimpinan & Komunikasi

Setiap hari Rabu (minggu ke-2 & 4), kami anjurkan webinar percuma dengan tema kepimpinan dan komunikasi.
Webinar ini 100% percuma, pembelajaran melalui online sahaja.

