10 Tanda Ketua Sudah Berjaya Menjadi Sumber Inspirasi kepada Orang Bawahannya

Ketua-ketua yang memberi motivasi kepada orang bawahannya banyak menggunakan ganjaran material, seperti menggunakan duit bagi membayar upah tambahan, membelanja makan, memberi hadiah dan yang seperti itu supaya mereka mahu buat kerja lebih.

Ganjaran material adalah ganjaran luaran atau ekstrinsik.

Lain halnya dengan ketua-ketua yang memberi inspirasi kepada orang bawahannya. Mereka tidak menggunakan ganjaran material. Sebaliknya, mereka menggunakan ganjaran sosial.

Ganjaran sosial adalah motivasi dalaman atau intrinsik.

Dengan menggunakan pelbagai jenis ganjaran sosial, ketua dapat menjadikan dirinya sebagai sumber inspirasi kepada orang-orang bawahannya.

Di bawah ini adalah anatara tanda-tandanya seseorang ketua itu sudah menjadi sumber inspirasi kepada orang bawahannya:

1. Mereka suka datang kerja lebih awal, dan sanggup balik lewat sedikit sebab hendak selesaikan kerja hari itu juga, tidak mahu tangguh-tangguh.

2. Mereka buat kerja dengan bersemangat, dengan hati yang gembira, seronok, banyak senyum, tidak merungut, tidak mengeluh, tidak komplen itu ini.

3. Mereka meniru gaya kerja ketua.

4. Mereka meniru gaya penampilan ketua, malah mereka meniru gaya bahasa dan gaya cakap ketua.

5. Mereka hormat pada ketua. Mereka tidak bercakap buruk tentang ketua dengan orang-orang luar, tidak mengumpat ketua apabila berbual-bual sesama mereka.

Mereka tidak menjadikan kelemahan ketua sebagai bahan lawak dan gurauan, sebaliknya mereka banyak memuji di belakang ketua.

6. Mereka tidak takut-takut hendak mengemukakan pendapat, pandangan, cadangan dan idea kepada ketua.

7. Mereka suka bawa makanan dan kongsi makan dengan rakan sekerja.

Mereka tolong menolong dan bantu membantu sesama mereka. Mereka saling sokong menyokong dan dorong mendorong.

8. Mereka bangga dengan ketua mereka. Mereka sebut nama ketua dengan rasa bangga.

Mereka ceritakan kepada orang lain siapa nama ketua mereka, dan bagaimana seronoknya mereka bekerja.

9. Mereka buat kerja-kerja tambahan dengan tidak perlu disuruh-suruh ataupun diarahkan.

Mereka buat kerja-kerja tambahan itu secara sukarela, bukan sebab hendak mengampu ketua ataupun mahukan upah tambahan.

10. Apabila ada problem, mereka sendiri fikirkan solusinya, kerana mereka tidak mahu menyusahkan ketua. Mereka sendiri bertimbang rasa terhadap ketua mereka yang sibuk dan memikul banyak tanggungjawab.

Ahli-ahli psikologi membuat kajian cara-cara yang mudah digunakan oleh ketua-ketua bagi menjadikan diri mereka sebagai sumber inspirasi kepada orang-orang bawahan.

Mereka menerangkan jenis-jenis ganjaran sosial yang efektif bagi tujuan itu.

(PERCUMA) Daftar Webinar Latihan Kepimpinan & Komunikasi

Setiap hari Rabu (minggu ke-2 & 4), kami anjurkan webinar percuma dengan tema kepimpinan dan komunikasi.

Webinar ini 100% percuma, pembelajaran melalui online sahaja.

Kongsi Artikel:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *