Sangat penting ketua menjadi sumber motivasi dan inspirasi kepada orang-orang bawahannya.
Pasukan yang dipimpin oleh ketua yang menginspirasi mampu mencapai kejayaan lebih tinggi dibandingkan dengan pasukan yang hanya diberi ganjaran material.
Di bawah ini adalah ciri-ciri ketua yang menginspirasi orang bawahannya:
1. Dia ketua yang berpegang pada prinsip. Dia tidak ubah-ubah prinsipnya. Dia membuat keputusan dengan berlandaskan prinsip-prinsip pegangannya itu.
2. Dia ketua yang berjiwa besar. Dia sentiasa mendahulukan kepentingan organisasi dan kepentingan pasukannya, bukan kepentingan peribadinya. Dia ketua yang sanggup berkorban demi kebaikan orang-orang bawahannya.
3. Apabila membuat keputusan dia sentiasa telus, tidak ada agenda tersembunyi, tidak pilih kasih, dan dia adil. Dia bertanggungjawab atas keputusan yang dibuatnya.
4. Dia tidak banyak bercakap. Apabila bercakap, dia kotakan kata-katanya. Kata-katanya dapat dipegang oleh orang bawahannya.
5. Dia bukan ketua yang hanya pandai menyuruh dan mengarah, sebaliknya dia ikut sama bekerja dengan orang bawahannya. Dia bekerja dengan semangat dan disiplin tinggi, dan itu menjadi contoh kepada orang bawahannya.
6. Dia menghargai sumbangan orang bawahannya, baik sumbangan besar mahupun kecil. Apabila berjaya dia tidak anggap kejayaan itu sebagai hasil usahanya sendiri sebaliknya hasil usaha pasukannya.
7. Dia berfikiran positif walaupun dalam keadaan yang meneka. Apabila berdepan dengan masalah besar, dia fokus mencari jalan keluar bukannya mencari salah siapa. Dia memberi semangat kepada pasukannya supaya berffikir mencari solusi, bukan mencari salah silap mereka.
Ketua yang menginspirasi sangat dihormati oleh orang-orang bawahannya. Kata-katanya diambil berat. Nasihatnya diterima. Arahannya dilaksanakan dengan segera.
(PERCUMA) Daftar Webinar Latihan Kepimpinan & Komunikasi

Setiap hari Rabu (minggu ke-2 & 4), kami anjurkan webinar percuma dengan tema kepimpinan dan komunikasi.
Webinar ini 100% percuma, pembelajaran melalui online sahaja.

