7 Tugas Hakiki Ketua dalam Membina Pasukannya

Pekerja yang bekerja dengan semangat berpasukan menghasilkan produktiviti dan prestasi lebih tinggi dibandingkan dengan pekerja yang bekerja dengan semangat sendirian.

Justeru ketua-ketua mesti mempunyai ilmu dan kemahiran membina sendiri pasukannya.

Itu adalah tugas hakiki ketua.

Membina pasukan adalah tugas harian, bukan aktiviti yang dibuat sekali-sekala ataupun sebagai acara besar setahun sekali.

7 Aktiviti Harian Ketua

Inilah aktiviti harian ketua dalam membina pasukannya:

1) Ketua mesti buat orang-orang bawahannya yakin diri mereka dihargai, barulah mereka mahu bekerja lama di bawah pimpinannya.

Justeru ketua perlu belajar teknik-teknik yang betul menghargai orang bawahannya.

Tiga teknik utama dalam komunikasi positif yang ketua mesti mahir:

• Teknik menegur
• Teknik memuji
• Teknik menyuruh

2) Orang bawahan mesti percaya pada kejujuran ketuanya.

Mereka tidak boleh ada sedikit pun perasaan curiga, sangsi, dan sangka buruk terhadap ketua.

Jangan sampai orang bawahan sangka ketua hanya menjaga kepentingan peribadinya sendiri dan mempergunakan mereka sebagai alat.

3) Ketua mesti bekerja keras bagi mendapatkan hormat dari orang bawahannya.

Dalam bahasa mudah, orang bawahan mesti ada perasaan malu dan segan silu terhadap ketua.

Ini bukan perkara mudah, tidak dapat dicapai hanya dengan bercakap.

Ketua mesti tunjukkan integriti dan etikanya yang kukuh.

4) Di bawah pimpinannya, orang-orang bawahan mesti suka bekerjasama, tolong menolong dan bantu membantu sesama mereka.

Itu berlaku apabila ketua bina budaya kerja yang positif.

5) Ketua bersikap terbuka terhadap cadangan dan sudut pandangan yang berbeza dari orang bawahan.

6) Ketua sediakan peluang latihan dan perkembangan diri bagi orang bawahannya supaya mereka dapat memajukan diri mereka dan kerjaya mereka.

7) Ketua dapat fahamkan orang bawahan apa sebenarnya peranan masing-masing dalam menjalankan kerja-kerja harian mereka.

Apabila ketua menjadikan tujuh perkara itu sebagai tugas hakiki yang mesti dijalankan tiap-tiap hari, barulah orang bawahannya puas hati dan bangga bekerja di bawah pimpinannya.

Barulah ketua mempunyai pasukan yang bersemangat tinggi dan kuat.

(PERCUMA) Daftar Webinar Latihan Kepimpinan & Komunikasi

Setiap hari Rabu (minggu ke-2 & 4), kami anjurkan webinar percuma dengan tema kepimpinan dan komunikasi.

Webinar ini 100% percuma, pembelajaran melalui online sahaja.

Kongsi Artikel:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *