Seseorang yang mempunyai growth mindset atau minda berkembang percaya mereka boleh belajar sampai menjadi pandai, boleh terus berusaha sehingga menjadi lebih pandai lagi.
Itu yang membuat mereka rajin belajar perkara-perkara baru, tekun dalam berusaha, dan sanggup bekerja keras.
Di bawah ini adalah ciri-ciri personaliti individu yang mempunyai minda berkembang:
1. Cekal
Sifat cekal adalah ciri paling penting yang ada pada individu yang mempunyai minda berkembang.
Maksud cekal, apabila dia berdepan dengan kesukaran dan kegagalan dia mampu bangkitkan semangatnya sendiri. Dia mampu dorong dirinya sendiri, dia cuba lagi, dia teruskan usahanya.
Berkali-kali dia gagal, berkali-kali dia cuba lagi.
Tiap kali dia gagal, dia naikkan semangatnya sendiri. Dia tidak perlukan orang lain dorong dia.
Contohnya, dia tidak perlu etuanya beri dia kata-kata semangat. Dia mampu dorong dirinya sendiri supaya terus membuat perkara yang dia sedang cuba buat itu.
Dia tidak mudah patah semangat. Dia tidak hilang harapan. Dia tidak putus asa.
Baginya, gagal dalam mencuba perkara baru yang dia belum tahu adalah perkara biasa, yang penting dia boleh cuba lagi, dan cuba lagi sampai akhirnya berjaya.
Itulah yang dikatakan sifat cekal dan tabah dalam mengalami kesuskaran.
Itulah ciri paling utama individu yang mempunyai growth mindset. Dia tidak patah semangat sehingga menyebabkan dia tidak mahu mencuba lagi. Dia cuba lagi dan belajar membaiki kelemahan mereka.
Sebaliknya, individu yang mempunyai fixed mindset atau minda beku hanya mahu melakukan tugas yang mudah-mudah sahaja, tugas yang dia sudah tahu cara membuatnya, tugas yang tidak menguji kemampuannya.
Dia hanya mahu buat tugas yang mudah, yang tentu dia berjaya membuatnya, dan dapat buktikan dia pandai.
Individu minda beku tidak mahu ambil risiko kemungkinan dia gagal melakukan tugas itu. Baginya apabila dia gagal itu bermakna orang akan tahu sebenarnya dia lemah, dia tidaklah pandai sangat, tidaklah hebat sangat. Itulah yang dia tidak sanggup hadapi.
Minda beku membuat individu itu tidak sanggup bekerja keras dan bersusah payah belajar perkara-perkara baru yang sukar, yang memaksa dia mengatasi kelemahannya sendiri.
Jadi, dia pun mengelak berada dalam situasi yang mendedahkan dirinya kepada kesukaran, cabaran, dan masalah.
Dengan sikap tidak mahu membuat tugas-tugas yang dia belum pandai melakukannya bermakna dia tidak mahu ambil peluang mengembangkan pengetahuan dan kemahirannya. Dia kekal berada dalam zon selesanya.
Bagi mendorong individu minda beku supaya berani membuat tugas-tugas yang sukar, yang mencabar, yang dia mungkin gagal, ketua perlu galakkan individu itu supaya dia fikirkan kemajuan dirinya.
Kata-kata pujian penting diucapkan oleh etua kepada orang bawahannya.
Tujuannya supaya individu itu faham pentingnya bekerja keras bagi memperbaiki prestasi mereka. Individu itu mesti percaya bakat dan kemahiran boleh ditingkatkan dengan banyak berlatih dan bekerja keras.
Kejayaan adalah proses yang mengambil banyak masa, ia tidak dapat segera. Hanya individu yang rajin berusaha sahaja yang maju dan berjaya.
2. Rasa Ingin Tahu
Individu yang mempunyai growth mindset mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi.
Dia suka belajar perkara-perkara baru. Dia hendak tahu macam-macam. Dia suka bertanya. Dia bertanya itu, bertanya ini. Dia suka menyiasat.
Dia mahu memahami perkara-perkara yang sebeleumnya dia tidak faham. Dia suka meneroka. Dia tidak takut mengalami kepayahan dalam proses belajar perkara baru yang dia belum tahu sama sekali.
Bagi mendorong individu itu supaya minat mahu belajar perkara-perkara baru, ajak individu itu sama-sama meneroka aktiviti baru yang menyeronokkan.
Rasa ingin tahu atau ‘curiosity’ penting dalam kemajuan dan kejayaan. Perasaan itulah yang mendorong kenapa individu growth mindset mahu belajar macam-macam perkara baru.
Rasa ingin tahu adalah motivasi intrinsik yang membuat mereka meminati sesuatu perkara itu dengan mendalam tanpa disuruh-suruh oleh etuanya.
3. Kuat Berusaha
individu yang mempunyai growth mindset tidak kenal jemu, tidak kenal penat, tidak kenal bosan dalam dia cuba memahami perkara-perkara yang menarik minatnya.
Ciri psikologi ini amat penting dalam proses memajukan diri sehingga berjaya. Sikap sanggup bersusah payah, sanggup bekerja kuat dan gigih adalah lebih penting dalam kejayaan dibandingkan dengan setakat mempunyai bakat dan kepintaran semulajadi.
Banyak individu yang kurang berjaya sebenarnya mereka itu mempunyai bakat dan IQ tinggi namun mereka tidak sanggup bersusah payah dan mereka kurang kuat berusaha.
Mereka mahukan kejayaan yang datang mudah, yang tidak memerlukan kerja kuat dan susah payah. Mereka tidak sanggup mencuba dan mencuba lagi, berlatih dan berlatih lagi.
Bagi mendorong individu minda beku supaya berani mencuba belajar perkara-perkara baru, caranya adalah dengan etua memuji daya usahanya, bukan memuji hasil kerjanya.
Dengan memuji usahanya, individu itu faham bahawa kemajuan dan kejayaan datang dari usaha dan kerja keras, bukan dari kebolehan semulajadi dan bakat semata-mata.
Walaupun individu itu mempunyai bakat, andainya dia tidak sanggup berusaha, berlatih, tidak sanggup bekerja kuat menggunakan bakatnya, bakatnya itu tidak membantu dia maju dan berjaya.
4. Tidak Gerun pada Cabaran
individu yang mempunyai growth mindset suka pada perkara-perkara yang mencabar, yang tidak mudah, yang menguji semangat mereka.
Dia tidak lari daripada mengambil tugas-tugas yang payah dan menyusahkan selagi perkara itu menarik minatnya. Baginya kesusahan itu adalah peluang dia belajar perkara-perkara baru. Susah payah adalah peluang mereka menjadi lebih pandai dan lebih berjaya.
Sikap tidak lari dari kepayahan itulah yang menaikkan kemahirannya dalam menyelesaikan masalah dan memberi rasa kepuasan yang sangat tinggi apabila berjaya mengatasi cabaran yang kepayahan itu.
Individu yang tumbuh, maju, dan berjaya adalah individu yang berani berdepan dengan risiko gagal, cabaran, dan kesukaran. Ketua mesti beritahu individu itu bahawa gagal adalah perkara biasa. Ia normal, semua orang yang berjaya pernah gagal, namun mereka belajar dari kegagalan.
Supaya individu itu tidak gerun pada kesusahan dan cabaran, puji dia apabila dia menunjukkan tingkah laku di bawah ini:
• Tabah dalam menghadapi tugas yang susah.
• Bersemangat mahu belajar dari kesilapannya.
• Dia berusaha walaupun belum berjaya.
• Dia tidak patah semangat.
• Dia menunjukkan sikap bersungguh-sungguh.
• Dia kreatif.
• Dia menunjukkan sikap gigih.
Kata-kata pujian membantu individu itu memahami bahawa usaha, kesabaran, dan kegigihan adalah elemen penting untuk berjaya. Lama kelamaan pemikiran positif seperti itu kekal menjadi sebahagian daripada pegangan hidupnya.
Bagi ketua yang mahu menanam semangat growth mindset kepada orang bawahannya, langkah pertama adalah menjadikan diri sendiri sebagai contoh. Lazimnya anak buah meniru tingkah laku ketua mereka. Mereka buat apa yang mereka tengok ketua mereka buat.
(PERCUMA) Daftar Webinar Latihan Kepimpinan & Komunikasi

Setiap hari Rabu (minggu ke-2 & 4), kami anjurkan webinar percuma dengan tema kepimpinan dan komunikasi.
Webinar ini 100% percuma, pembelajaran melalui online sahaja.

