Salah satu faktor yang membuat ketua, terutamanya ketua-ketua perempuan, mengalami stress adalah isu mengurus emosi orang-orang bawahannya.
Lazimnya, ketua-ketua perempuan sangka mengurus emosi orang-orang bawahan adalah tugas mereka sebagai ketua.
Ketua-ketua prempuan mempunyai sangkaan seperti itu kerana fitrah perempuan yang mengutamakan hubungan baik.
Dari sudut budaya pula, secara tradisinya anak-anak perempuan diasuh supaya mereka berkhidmat sebagai pemberi kebahagiaan kepada anggota keluarga.
Asuhan tradisional itu dibawa ke tempat kerja di mana ketua-ketua perempan mahu menjadi sumber emosi gembira kepada semua orang-orang bawahannya.
Justeru, sangkaan itu membuat ketua perempuan stress apabila ada orang bawahannya yang tidak gembira, tidak puas hati, yang merungut, yang berkonflik, yang melawan, yang komplen, yang bergaduh sesama mereka, yang tidak mendengar nasihatnya, yang tidak mahu diatur.
Mula Terima 4 Hakikat Ini
Beberapa hakikat yang ketua perempuan perlu terima:
1) Emosi orang bawahan adalah perkara yang berada di luar kawalan ketua.
Tidak ada orang yang boleh urus dan kendalikan emosi orang lain, sedangkan hendak mengurus emosi sendiri pun sukar.
2) Emosi ketua-ketua mudah menjangkit, menular, merebak kepada orang-orang bawahannya.
Contoh, apabila ketua marah-marah, nanti anak-anak buahnya pun boleh ikut marah-marah juga.
Apabila ketua gembira dan gelak-gelak, nanti orang bawahan pun ikut gembira dan gelak-gelak.
Justeru cara betul mengurus emosi orang-orang bawahan adalah ketua mesti urus emosinya sendiri.
Ketua jangan marah-marah, sebaliknya tunjuk muka gembira sahaja.
3) Ketua jangan respon terhadap emosi-emosi negatif orang bawahan.
Maksudnya, apabila orang bawahan tunjukkan emosi negatif, ketua jangan komen, jangan tegur, jangan beri nasihat. Ketua jangan membela diri, jangan cakap apa-apa.
Jika orang bawahan meluahkan perasaannya, selepas orang bawahan habis meluahkan perasaannya, ketua cakap, “Baik, saya sudah dengar. Saya faham.” Itu sahaja.
Jangan ulas, jangan bela diri, jangan terangkan apa-apa, jangan beri nasihat, jangan pujuk.
4 Cara Mengurus Emosi Anak Buah
Cara ketua mengurus emosi orang bawahan adalah dengan ketua mengurus emosinya sendiri.
Emosi sendiri adalah dalam kawalan.
Lakukan ini:
1) Apabila ketua sedang berasa stress, marah, geram, risau, sakit hati, menyampah, ataupun kecewa, ketua mesti diam, ketap bibir, tidak boleh bercakap kepada orang bawahan.
Biar orang bawahan tahu emosi ketua dengan tengok muka ketua.
2) Bukan semua masalah emosi orang bawahan perlu direspon oleh ketua.
Ada emosi orang bawahan yang tidak perlu direspon, jangan dilayan, yakni ketua abaikan sahaja.
Jika direspon akibatnya nanti emosi ketua sendiri akan terganggu.
3) Apabila anak buah meluahkan prasaan negatifnya, ketua dengar sahaja, jangan cakap apa-apa, jalan terus.
Apabila dilayan, luahan itu menjadi tambah panjang berjela-jela, dia dia menjadi tambah emosional.
4) Tersalah melayan emosi negatif orang-orang tindakan boleh menjatuhkan karisma dan wibawa ketua.
Apabila ketua-ketua tersalah respon kepada emosi negatif orang-orang bawahannya, masalah yang sedia ada tidak selesai, malah timbul pula masalah-masalah lain.
Stress yang sedia ada tidak hilang, malah bertambah tinggi.
(PERCUMA) Daftar Webinar Latihan Kepimpinan & Komunikasi

Setiap hari Rabu (minggu ke-2 & 4), kami anjurkan webinar percuma dengan tema kepimpinan dan komunikasi.
Webinar ini 100% percuma, pembelajaran melalui online sahaja.

