Panduan Menjadi Ketua yang Likeable dan Dihormati oleh Orang Bawahan

Sesetengah ketua mudah disukai oleh orang-orang bawahannya dan juga orang-orang lain. Walaupun baru pertama kali berkenalan, dia sudah disukai. Kenalan barunya berasa puas hati dapat bercakap-cakap dengannya.

Individu macam itu sangat likeabel orangnya, yakni sangat mudah disukai. Ke mana dia pergi, di mana-mana dia berada dia mempunyai banyak rakan dan kenalan. Orang-orang bawahannya suka dan puas hati berketuakan dia.

Ciri-ciri ketua yang likeablel:

1. Orang bawahannya mudah menyukai sikap-sikapnya.

Contohnya, walaupun dia mempunyai banyak kelebihan namun dia pandai merendah diri. Dia pandai membuat orang-orang bawahannya berasa mereka juga pandai, bijak, baik, dan mempunyai kelebihan mereka sendiri.

2. Orang bawahannya mudah suka pada cara dia bercakap.

Contohnya, kata-katanya manis didengar. Dia pandai memuji dan menghargai orang bawahannya yang sedang bercakap dengannya. Dia pandai mengucapkan kata-kata yang membuat orang-orang bawahannya berasa maruah mereka dinaikkan.

3. Dia pandai membuat orang bawahannya berasa selesa dan selamat daripada dijatuhkan harga diri dan air mukanya.

Contohnya, walaupun dia seorang yang sangat baik agamanya, akhlaknya, dan dia terkenal bijaksana, namun dia tidak menegur dan mengkritik kesilapan dan kekurangan orang-orang bawahannya secara terbuka. Dia tidak menasihati orang bawahannya kecuali mereka sendiri yang meminta nasihatnya.

Disebabkan dirinya mudah disukai, sebagai ketua dia mudah dapat membina hubungan kerja yang sihat dengan orang-orang bawahannya. Dia mudah mendapatkan kehormatan, kepercayaan, kepatuhan, kerjasama, dan sokongan dari orang-orang bawahannya.

Dia dihormatinya oleh orang-orang bawahannya, cakapnya laku, arahannya dilaksanakan, dan idea-ideanya mudah diterima. Orang-orang bawahannya suka meminta pandangannya dan nasihatnya. Itu membuat kepimpinannya sangat berkesan.

Bagi orang Islam, sifat likeabel adalah ciri personaliti Nabi (salawat) yang paling utama. Beliau seorang pemimpin yang sangat mudah disukai oleh sesiapa sahaja, sehingga musuh-musuhnya pun akhirnya masuk Islam. Ciri personaliti itulah yang membuat kepimpinan Nabi sangat berkesan.

(PERCUMA) Daftar Webinar Latihan Kepimpinan & Komunikasi

Setiap hari Rabu (minggu ke-2 & 4), kami anjurkan webinar percuma dengan tema kepimpinan dan komunikasi.

Webinar ini 100% percuma, pembelajaran melalui online sahaja.

Kongsi Artikel:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *