Seni Menjadi Pemimpin Berkarisma dengan Menjadi Pengikut Yang Berkarisma

Umum lebih kerap berbual tentang gaya kepimpinan berbanding dengan gaya kepengikutan.

Program latihan dan penulisan lebih banyak ditumpukan kepada membangunkan kemahiran bagi seorang Ketua dan tidak banyak diperihalkan tentang kepengikutan.

Sangat jarang kita mendengar tajuk kursus ‘Menjadi Pengikut Yang Berkesan’ misalnya.

Kefahaman yang betul menyatakan bahawa seseorang ketua itu pernah dan tetap menjadi seorang pengikut kepada ketua atau pemimpin yang lain. Apa jua ciri yang perlu dipelajari & dikuasai oleh seorang ketua harus juga menjadi ciri yang sama bagi seorang pengikut.

Misalnya, seorang ketua yang mampu membuat keputusan.

Seorang pengikut juga perlu mahir dalam membuat keputusan. Seorang ketua yang dianggap berkarisma tidak pula bermakna pengikutnya tidak boleh menjadi pengikut yang berkarisma.

Tiga tips mudah bagaimana seorang pengikut yang karismatik akan menjadi seorang ketua yang karismatik.

1) Ketua & pengikut harus belajar untuk mengurus masing-masing diri dengan cara mengetahui keutamaan satu-satu tugas.

Bagi perkara yang diberi taraf segera dan penting, ia perlu dilakukan segera atau serta-merta. Manakala bagi perkara yang penting namun tidak segera boleh dijadualkan seperti mesyuarat Jabatan berkala.

2) Seorang pengikut yang melazimi penggunaan bahasa masa depan seperti ‘akan’ dan ‘apabila’ berbanding ‘dahulu’.

Contoh perbualan dengan ayat masa depan seperti ‘Saya akan bantu ketua supaya beroleh sasaran yang ditetapkan’. Pengikut sebegini akan lebih mudah didengar akan pandangannya.

3) Membiasakan dengan soalan pencetus solusi seperti ‘Apa yang kita perlu lakukan?’ atau ‘Bagaimana proses ini perlu diperbaiki?’

Misalnya, bagi tempoh satu jam perbualan, 45 minit diluangkan untuk soalan pencetus solusi berbanding 15 minit bagi perbualan isu atau masalah.

Apabila seorang individu itu mula membiasakan kemahiran-kemahiran keketuaan nescaya ia akan menjadikan individu yang sama seorang ketua yang berpengaruh dan berkarisma.

Oleh:
Hj Syamsul Amri A Razak
GOVTRAININGHUB.COM
31 Jan 2025
Tarikh: 31 Jan 2025

(PERCUMA) Daftar Webinar Latihan Kepimpinan & Komunikasi

Setiap hari Rabu (minggu ke-2 & 4), kami anjurkan webinar percuma dengan tema kepimpinan dan komunikasi.

Webinar ini 100% percuma, pembelajaran melalui online sahaja.

Kongsi Artikel:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *